SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

Monday, March 29, 2010

Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah telah dijalankan pada minggu ini 28 Mac hingga 2 April 2010. Puan Pauziyah bt Shafie selaku Guru Besar SK Tikam Batu telah merasmikan Pelancaran Minggu Anti Dadah pada hari Ahad bertarikh 21 Mac 2010. Pelbagai aturcara dirancangkan.

Thursday, March 11, 2010

Sejarah SK Tikam Batu

1912 Sebuah bangunan yang diperbuat daripada bertam dan
nipah didirikan sebagai asas tapak Sekolah Melayu
Tikam Batu
Pengasasnya : Datuk Penghulu Mat &Tuan Hj Mat Arshad
1913 Empat orang guru mula bertugas termasuk Guru Besar Jumlah Murid seramai 60 orang
1946 Jemaah Lembaga Sekolah telah ditubuhkan dan dianggotai oleh :En Yaasin & En Jahaya
1952 Sebuah bangunan papan beratap genting (Blok A dan sebuah rumah Guru Besar dibina)
1956 Sebuah bangunan tambahan didirikan (Blok C)
1978 Sebuah bangunan dua tingkat dibina yang mengandungi pejabat dan sembilan bilik darjah (Blok D)
1988 Bangunan tambahan tiga bilik darjah didirikan (Blok E)
1998 Pelancaran Laman Web Sek Keb Tikam Batu dan Pameran IT oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Menteri Pendidikan Malaysia
1999 Penambahan bangunan tiga tingkat mengandungi makmal, bilik kemahiran hidup dan enam bilik darjah
2008 Penambahan bangunan empat tingkat mengandungi Surau j-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Dewan Terbuka, Bilik Disleksia, Bilik Darjah

Wednesday, March 10, 2010

Aktiviti Maulidur Rasul

Pada hari ini jam 2.30 petang, SK Tikam Batu akan mengadakan program Maulidur Rasul. Jam 2.30 petang, semua murid berkumpul di dewan. Bacaan doa dan Selawat dimulakan. Ceramah akan disampaikan oleh jemputan khas Ustaz Ibrahim dari Pulau Pinang jam 3.00 petang. Majlis dijangka tamat jam 5.00 petang.

Santapan Minda

Sekolah Kebangsaan Tikam Batu mengadakan pelbagai program untuk kecerdasan minda dan pengembangan bakat murid. Seawal pagi jam 7.00 dimulakan dengan Zikrullah yang dipasang melalui pembesar suara untuk semua warga sekolah. Ini untuk menggalakkan murid-murid datang awal ke sekolah dan bersedia untuk belajar dengan maksimum. Seterusnya jam 7.30 hingga 7.45 pagi, aktiviti santapan minda diadakan oleh setiap panitia pada hari Isnin hingga Khamis mengikut perancangan yeng telah ditetapkan oeh jawatankuasa panitia. Pada hari Khamis Panitia Agama Islam mengadakan Bacaan Ayat Lazim untuk semua murid di tapak perhimpunan. Bacaan ayat lazim ini diketuai oleh seorang guru dengan diikuti murid-murid SK Tikam Batu. Semoga ianya dapat dimanafaatkan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pengamalan Ini diharapkan dapat membendung gejaya sosial yang kini semakin parah dalam masyarakat Malaysia kini. InsyaAllah.

Tuesday, March 9, 2010

Temasya Kejohanan PKG 2010

Kelmarin 8.3.2010, Sekolah Kebangsaan Tikam Batu telah menghantar 20 orang peserta menyertai pertandingan dalam Temasya Kejohanan Pusat Kegiatan Guru Kota Kuala Muda di SK Pinang Tunggal. Guru-guru yang terlibat adalah Encik Azhari, Encik Asri, Encik Ridwan, Encik Amir dan Pn Siti Fatimah. 2 orang peserta dari SK Tikam Batu dipilih ke peringkat Daerah Kuala Muda. Semua peserta telah diberi Sijil Penyertaan.

Pemenang Tilawah Al-Quran


Baru-baru ini, 6 Mac 2010, murid-murid dari SK Tikam Batu telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Zon Kuala Muda di SK Patani Jaya. Peserta dari SK Tikam Batu telah menggondol tempat pertama dalam pertandingan kompang selawat, tempat kedua acara kuiz, tempat ketiga dalam pertandingan bercerita perempuan dan tempat kedua dalam pertandingan hafazan.
Dengan itu, Guru Besar dari SK Tikam Batu, Pn Pauziyah bt Shafie telah sudi menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan itu semasa perhimpunan sekolah pada hari Ahad baru-baru ini. Semoga ianya memberi rangsangan kepada murid-murid lain untuk semua pertandingan di masa akan datang.

Monday, March 8, 2010

Kejohanan Olahraga PKG 2010

Kelmarin 8 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Tikam Batu telah menghantar 20 orang peserta menyertai ke Temasya Olahraga PKG 2010 di SK Pinang Tunggal. Seramai 2 orang terpilih mewakili PKG ke peringkat Daerah Kuala Muda. Guru-guru yang terlibat pula ialah Encik Asri, Encik Azhari, Encik Amir, Encik Ridwan dan Puan Siti Fatimah.