SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

Wednesday, April 7, 2010

Sukaneka Temasya Kejohanan SK Tikam Batu


Hari ini 8 April 2010, SK Tikam Batu telah mengadakan Sukaneka Temasya Kejohanan 2010. Semua peserta adalah terdiri daripada murid-murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Sukaneka ini bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 10 pagi. Selepas rehat, pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Sunday, April 4, 2010

Guru Data, Penyelaras Pusat Akses dan Penyelaras Bestari

Pakaian Seragam Sekolah Staf

Tahniah kepada Pengerusi Badan Kebajikan Staf Sekolah Kebangsaan Tikam Batu kerana telah memberi idea agar semua staf memakai pakaian rasmi iaitu seragam pada setiap hari Ahamd minggu pertama setiap bulan. Tadi ketika perhimpunan pagi, ramai staf yang memakai pakaian tersebut. Penyelaras Bilik Akses dan Guru Data menunjukkan pakaian seragam sekolah. Semua staf telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program atau aktiviti yang dijalankan.

Saturday, April 3, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010



Pada hari ini Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010 telah dirasmikan oleh Pn Guru Besar SK Tikam Batu, Pn Pauziyah binti Shafie. Beliau diiringi oleh Tn Hj Mohd Yasin bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan tersebut. Aturcara majlis tersebut diadakan di tapak perhimpunan iaitu dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dan ucapan guru bertugas. Selepas ucapan guru bertugas daripada Pn Siti Fatimah Baharum, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS pun dirasmikan dan disempurnakan oleh Pn Guru Besar. Kemudian bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas PSS diikuti oleh pengawas-pengawas PSS yang lain. Semoga dengan adanya majlis ini dapat menambahkan lagi tanggungjawab murid-murid terhadap diri sendiri dan juga sekolah.