SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN TIKAM BATU

Wednesday, April 7, 2010

Sukaneka Temasya Kejohanan SK Tikam Batu


Hari ini 8 April 2010, SK Tikam Batu telah mengadakan Sukaneka Temasya Kejohanan 2010. Semua peserta adalah terdiri daripada murid-murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Sukaneka ini bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 10 pagi. Selepas rehat, pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Sunday, April 4, 2010

Guru Data, Penyelaras Pusat Akses dan Penyelaras Bestari

Pakaian Seragam Sekolah Staf

Tahniah kepada Pengerusi Badan Kebajikan Staf Sekolah Kebangsaan Tikam Batu kerana telah memberi idea agar semua staf memakai pakaian rasmi iaitu seragam pada setiap hari Ahamd minggu pertama setiap bulan. Tadi ketika perhimpunan pagi, ramai staf yang memakai pakaian tersebut. Penyelaras Bilik Akses dan Guru Data menunjukkan pakaian seragam sekolah. Semua staf telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program atau aktiviti yang dijalankan.

Saturday, April 3, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010



Pada hari ini Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010 telah dirasmikan oleh Pn Guru Besar SK Tikam Batu, Pn Pauziyah binti Shafie. Beliau diiringi oleh Tn Hj Mohd Yasin bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan tersebut. Aturcara majlis tersebut diadakan di tapak perhimpunan iaitu dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dan ucapan guru bertugas. Selepas ucapan guru bertugas daripada Pn Siti Fatimah Baharum, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS pun dirasmikan dan disempurnakan oleh Pn Guru Besar. Kemudian bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas PSS diikuti oleh pengawas-pengawas PSS yang lain. Semoga dengan adanya majlis ini dapat menambahkan lagi tanggungjawab murid-murid terhadap diri sendiri dan juga sekolah.

Monday, March 29, 2010

Minggu Anti Dadah

Minggu Anti Dadah telah dijalankan pada minggu ini 28 Mac hingga 2 April 2010. Puan Pauziyah bt Shafie selaku Guru Besar SK Tikam Batu telah merasmikan Pelancaran Minggu Anti Dadah pada hari Ahad bertarikh 21 Mac 2010. Pelbagai aturcara dirancangkan.

Thursday, March 11, 2010

Sejarah SK Tikam Batu

1912 Sebuah bangunan yang diperbuat daripada bertam dan
nipah didirikan sebagai asas tapak Sekolah Melayu
Tikam Batu
Pengasasnya : Datuk Penghulu Mat &Tuan Hj Mat Arshad
1913 Empat orang guru mula bertugas termasuk Guru Besar Jumlah Murid seramai 60 orang
1946 Jemaah Lembaga Sekolah telah ditubuhkan dan dianggotai oleh :En Yaasin & En Jahaya
1952 Sebuah bangunan papan beratap genting (Blok A dan sebuah rumah Guru Besar dibina)
1956 Sebuah bangunan tambahan didirikan (Blok C)
1978 Sebuah bangunan dua tingkat dibina yang mengandungi pejabat dan sembilan bilik darjah (Blok D)
1988 Bangunan tambahan tiga bilik darjah didirikan (Blok E)
1998 Pelancaran Laman Web Sek Keb Tikam Batu dan Pameran IT oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Menteri Pendidikan Malaysia
1999 Penambahan bangunan tiga tingkat mengandungi makmal, bilik kemahiran hidup dan enam bilik darjah
2008 Penambahan bangunan empat tingkat mengandungi Surau j-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Dewan Terbuka, Bilik Disleksia, Bilik Darjah